Hari ini aku ingin menceritakan berkenaan sikap rakan kita yang sesetengahnya tidak kita sangka. Hati aku bagaikan terpanggil untuk menceritakannya sebagai pedoman pembaca sekelian. Dalam kita sibuk bekerja, teringin kita hendak bercuti untuk melepaskan tension dengan kerja yang telah kita hadapi sekian lama. Sikap menghormati rakan adalah perlu kerana kita saling memerlukan kerjasama diantara satu sama lain. Tetapi apa yang berlaku keatas aku tempoh hari, amat tidak aku menduga, aku datang sebagai seorang rakan setugas memohon cuti kelepasan selama sehari aje dan bagi aku kalau tak dapat diberikan kelepasan tersebut tidak apa kerana aku tahu bertugas di bahagian detil susah untuk mengatur tugas rakan-rakan lain dan mungkin pada hari tersebut tenaga aku diperlukan. Pada hari itu, aku datang bersama sekeping kertas kelulusan cuti kelepasan yang disahkan mentor aku untuk permohonan tersebut yang mana pada mulanya mentor aku hanya ingin menalifon rakan aku tersebut untuk kelulusan cuti tetapi aku tidak mahu demi menjaga hati rakan tersebut, atau pun dengan cara berhemah aku ingin datang sendiri berjumpa dengannya memohon cuti. Tetapi apa yang aku terima, aku telah diherdiknya dengan suara yang keras dan aku terasa seperti aku dipandang rendah olehnya sedangkan kami sepangkat cuma usia yang memisahkan kami yang mana dia lebih tua daripada aku, apa salahnya jika dia menerangkan kepada aku kedudukan sebenar dan permohonan aku tidak boleh diluluskan dengan cara yang lebih berhemah kepada saya sebagai rakan. Sambil mengeluarkan suara yang lantang cuba mempertikaikan tugas aku dihadapan rakan-rakan lain yang mana kebanyakannya dari unit lain, adakah patut dia melakukan perkara tersebut sedangkan kami sama-sama bertugas dibawah satu unit, satu pentadbiran demi mencari rezeki.untuk keluarga. Aku sangat terasa seolah ada perasaan hasad dengki (PHD) didalam dirinya kepada aku. Seandainya dia tidak suka akan aku, atau bermasalah dengan aku marilah kita berjumpa menyelesaikan masaalah tersebut dengan cara baik demi persaudaraan seagama. Semoga Allah membuka pintu hatinya dengan kejadian yang berlaku dan aku dengan rasa rendah hati telah memaafkan perbuatannya dan salah silap aku selama ini yang tidak aku ketahui kepadanya diharap juga dia memaafkannya demi sebuah persahabatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan