WARISAN

Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Yang Murni Abadi Sejati, Disini Tersemai Cita-Cita, Bercambah Menjadi Warisan, Andaiku Terbuang Tak Diterima, Andai Aku Disingkirkan, Kemana Harus Ku Bawakan, Kemana Harusku Semaikan, Cinta Ini, Betapa Di Bumi Ini Ku Melangkah, Ke Utara, Selatan, Timur Dan Barat Ku Jejaki, Aku Bukanlah Seorang Perwira, Gagah Menghulur Senjata, Namun Hati Rela Berjuang, Walau Dengan Cara Sendiri, Demi Cinta Ini, Ku Ingin Kotakan Seribu Janji, Sepanjang Kedewasaan Ini, Ku Ingin Sampaikan Pesanan,
AKU LAH PENYAMBUNG WARISAN




Isnin, 28 Februari 2011

HINDRAF-HINDRAF APA YANG ANNE MAU LAGI

Marah betul aku tengok gelagat kelompok ini (Hindraf), kononnya memperjuangkan hak mereka di bumi Malaysia.Kononnya bangsa mereka ditindas, tiada hak, Apa yang mereka hendak lagi, aku pun tak tahu dengan puak yang tak mahu bersyukur ni. Nak katakan mereka hidup melarat, tak pulak, tengoklah, siapa tokey Astro, siapa tokey MAXIS, siapa paling banyak bangsa yang jadi Peguam di Malaysia. Sana-sini aku tengok puak mereka ini berkereta mewah melaram diatas jalanraya kita, jadi tokey buka gedong perniagaan, nak tengok bangsa kita yang merupakan kaum majoriti di Malaysia ini pun tak macam tu, sedikit sangat yang hidupnya mewah, banyak yang masih hidup susah tapi tak buat perangai macam tu, berdemotrasi dijalanan nak tuntut hak. Puak Melayu yang berdemotrasi tu pun puak yang diperbodohkan oleh puak yang berkepentingan politik sempit. sekarang setengahnya sudah pun sedar. tapi puak Hindraf ini hanya nak cari pasal dengan kerajaan, nak minta yang bukan-bukan sehingga puak mereka yang ditahan kerana berdemotrasi pun dikatanya didera polis, itu lah politik kotor mereka.Merekalah hero macam dalam filem Tamil dari India, seperti mana polis diperbodohkan macam pak lawak, macam tu agaknya mereka nak buat dengan polis kita, ingat ini negara Malaysia bukan India. Kita punya Perlembagaan, kita sudah merdeka, jangan mempermainkan hak, kerana di Malaysia banyak bangsa, ada Melayu, Cina, Sikh dan lain-lain, bukan bangsa India saja.Bagi saya,Malaysia adalah negara yang makmur berbilang kaum sejak dahulu lagi, janganlah puak ini cuba membangkit perasaan tidak puas hati bangsa lain dengan mendesak kerajaan meminta yang bukan-bukan untuk kepentingan puak mereka saja, sedangkan ada bangsa mereka sendiri dalam kerajaan yang mempertahan dan meperjuangkan hak mereka, oleh itu gunakan cara haluan yang betul. Tiada negara lain seperti Malaysia yang aman damai serta mempunyai berbilang kaum mempunyai hidup sepakat seperti tema Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Malaysia. Oleh itu Cintailah Negara Kita, janganlah membangkitkan kemarahan kaum lain dan pesanan untuk segelintir puak tersebut yang bersama HINDRAF , bersyukurlah apa yang ada dan jangan mementingkan puak sendiri saja, kerana banyak lagi yang harus diperjuangkan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia.

Sabtu, 26 Februari 2011

DAGANG HAMBA DAGANG BERTEMPAT BUKAN HAMBA DAGANG MEREMPAT

Itulah lumrah kehidupan, aku berhijrah atas kenaikan pangkat dalam tugasan aku ke Kajang, Kedatangan aku sebagai kawan, bukan mencari lawan, tapi tugasan juga mengatasi segalanya. Aku diperantauan hampir 3 tahun, pahit manis aku tempuh dengan penuh kesabaran. Hampir setahun, aku di serapkan kedalam unit, sudah ada rasa tidak senang insan dalam unit tersebut, bukan aku pinta untuk jawatan tersebut, tetapi nasib menyebelahi aku. Tugasan aku atas arahan, sedarlah sahabatku, tidak ada sedikit pun perasaan iri hati, dendam, cemburu keatas kalian, tetapi mengapakah aku yang menjadi mangsa diatas perasaan tidak puas hati kamu, adakah aku mangsa keadaan. Aku rasakan seperti di pulaukan, aku keseorangan, tapi aku tetap bersyukur kerna masih ada insan lain yang sudi mengongsi akan permasalahan ini. Betul kata pepatah, kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata, hendaklah dihapuskan dahulu musuh tersebut kerana dialah yang merosakkan perpaduan, persahabatan. Perasaan iri hati yang tersemat hendaklah dipadamkan, anggaplah apa yang dapat dikecapi insan lain adalah rezeki anugerah tuan, bukan mencanang memburukkan insan tersebut untuk menjatuhkannya atau mencucuk sesama sendiri untuk cuba memulaukannya. Ingatlah kawan, kedatangan ku kedaerah kalian sebagai kawan, bukan sebagai lawan, aku sedar siapa diriku , aku hanyalah DAGANG MERANTAU................ Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, pepatah tersebut kena pada aku, tetapi yng sedihnya permohonan aku untuk pulang dari perantauan masih ditolak dan apakah aku akan bersabar selamanya.............................