Itulah lumrah kehidupan, aku berhijrah atas kenaikan pangkat dalam tugasan aku ke Kajang, Kedatangan aku sebagai kawan, bukan mencari lawan, tapi tugasan juga mengatasi segalanya. Aku diperantauan hampir 3 tahun, pahit manis aku tempuh dengan penuh kesabaran. Hampir setahun, aku di serapkan kedalam unit, sudah ada rasa tidak senang insan dalam unit tersebut, bukan aku pinta untuk jawatan tersebut, tetapi nasib menyebelahi aku. Tugasan aku atas arahan, sedarlah sahabatku, tidak ada sedikit pun perasaan iri hati, dendam, cemburu keatas kalian, tetapi mengapakah aku yang menjadi mangsa diatas perasaan tidak puas hati kamu, adakah aku mangsa keadaan. Aku rasakan seperti di pulaukan, aku keseorangan, tapi aku tetap bersyukur kerna masih ada insan lain yang sudi mengongsi akan permasalahan ini. Betul kata pepatah, kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata, hendaklah dihapuskan dahulu musuh tersebut kerana dialah yang merosakkan perpaduan, persahabatan. Perasaan iri hati yang tersemat hendaklah dipadamkan, anggaplah apa yang dapat dikecapi insan lain adalah rezeki anugerah tuan, bukan mencanang memburukkan insan tersebut untuk menjatuhkannya atau mencucuk sesama sendiri untuk cuba memulaukannya. Ingatlah kawan, kedatangan ku kedaerah kalian sebagai kawan, bukan sebagai lawan, aku sedar siapa diriku , aku hanyalah DAGANG MERANTAU................ Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, pepatah tersebut kena pada aku, tetapi yng sedihnya permohonan aku untuk pulang dari perantauan masih ditolak dan apakah aku akan bersabar selamanya.............................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan