Aku rasa, kita sebagai bangsa Melayu yang sering patuh pada Adat, Budaya dan Agama sentiasa berbangga dengan negara kita kerana bangsa kita dapat memerintah negara yang berbilang kaum dengan aman dan damai dan semua bangsa saling menghormati diantara satu sama lain. Walau bagaimana pun , rasa tidak puas hati puak yang berlainan fahaman cuba merampas takhta pemerintah dengan cara kasar menggunakan isu perkauman, cuba menyentuh isu agama, menganggu Institusi Beraja yang sering kali memanaskan emosi naluri kita. Apakah puak-puak ini yang tidak mahu bersyukur dengan kenikmatan dan keamanan anugerah ilahi di Malaysia tercinta ini, itu pertanyaan yang sering terlintas dibenak hati aku. Tapi persoalan itu bila diajukan pada puak tersebut maka terjawab lah, " apa soalan bodoh yang kau lemparkan ini !!!!". Mereka akan berkata , tak sedarkah kamu apa yang berlaku sekarang, rasuah makin menjadi-jadi, segala kroni mereka menjadi kaya, menindas orang susah, makan duit rakyat, butakah kamu ramai anak muda telah rosak akhlak , barang semua dah naik harga, cekik darah rakyat dengan rasa bangganya mereka berkata kita harus tentang pemerintah sekarang dan kita akan sokong parti baru(Pakatan Rakyat) yang menentang gejala rasuah berterusan, yang telus, yang akan membela rakyat tanpa mengira bangsa dan remaja terjamin dengan masa depan mereka.
Wah, bagusnya parti baru tersebut dengan janji-janji manis bak madu dengan sang labah. Tapi apa yang terjadi sekarang baru dapat memerintah beberapa negeri, macam-macam hal dah berlaku, nak kata rasuah, pemimpin mereka pun makan rasuah juga, kroni mereka pula menjadi kaya, pemimpin mereka pun cekik duit rakyat juga, anak muda semakin rosak akhlak, penyokong pula dok macam tu juga lah, pi mai pi mai tang tu jugak la, umpama menang sorak, kampong tergadai seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang. Negeri Perak bernasib baik kalau tidak sama nasiblah dengan rakyat Pulau Pinang.
Pada akhir tahun lepas aku ada berbual dengan kawan aku, aku sebenar tidak tahu yang dia ni Pro Pembangkang, aku kata padanya akhir tahun banyak projek terpaksa dilaksanakan oleh jabatan kita kerana lebihan wang peruntukan kerajaan untuk jabatan mesti dihabiskan untuk penutupan akaun dan takut nanti peruntukan tahun depan akan dapat sedikit kerana jabatan tidak menggunakan wang peruntukan dengan betul dan terpaksa diserahkan kembali wang tersebut. Nak tahu, apa dijawabnya, dia kata seronoklah Najib, dia boleh bagi duit lebihan tersebut untuk isterinya Datin Rosmah untuk melancong luar negara, aduh apa jawapan bodoh yang diberinya dengan fikiran yang cetek. itulah salah satu permikiran penyokong pembangkang.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan