WARISAN

Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Yang Murni Abadi Sejati, Disini Tersemai Cita-Cita, Bercambah Menjadi Warisan, Andaiku Terbuang Tak Diterima, Andai Aku Disingkirkan, Kemana Harus Ku Bawakan, Kemana Harusku Semaikan, Cinta Ini, Betapa Di Bumi Ini Ku Melangkah, Ke Utara, Selatan, Timur Dan Barat Ku Jejaki, Aku Bukanlah Seorang Perwira, Gagah Menghulur Senjata, Namun Hati Rela Berjuang, Walau Dengan Cara Sendiri, Demi Cinta Ini, Ku Ingin Kotakan Seribu Janji, Sepanjang Kedewasaan Ini, Ku Ingin Sampaikan Pesanan,
AKU LAH PENYAMBUNG WARISAN




Sabtu, 15 Januari 2011

APAKAH ADA ANUGERAH PHD DIDALAM DIRINYA

Hari ini aku ingin menceritakan berkenaan sikap rakan kita yang sesetengahnya tidak kita sangka. Hati aku bagaikan terpanggil untuk menceritakannya sebagai pedoman pembaca sekelian. Dalam kita sibuk bekerja, teringin kita hendak bercuti untuk melepaskan tension dengan kerja yang telah kita hadapi sekian lama. Sikap menghormati rakan adalah perlu kerana kita saling memerlukan kerjasama diantara satu sama lain.  Tetapi apa yang berlaku keatas aku tempoh hari, amat tidak aku menduga, aku datang sebagai seorang rakan setugas memohon cuti kelepasan selama sehari aje dan bagi aku kalau tak dapat diberikan kelepasan tersebut tidak apa kerana aku tahu bertugas di bahagian detil  susah untuk mengatur tugas rakan-rakan lain dan mungkin pada hari tersebut tenaga aku diperlukan. Pada hari itu, aku datang bersama sekeping kertas kelulusan cuti kelepasan yang disahkan mentor aku untuk permohonan tersebut yang mana pada mulanya mentor aku hanya ingin menalifon rakan aku tersebut untuk kelulusan cuti tetapi aku tidak mahu demi menjaga hati rakan tersebut, atau pun dengan cara berhemah aku ingin datang sendiri berjumpa dengannya memohon cuti. Tetapi apa yang  aku terima, aku telah diherdiknya dengan suara yang keras dan aku terasa seperti aku dipandang rendah olehnya sedangkan kami sepangkat cuma usia yang memisahkan kami yang mana  dia lebih tua daripada aku, apa salahnya jika dia menerangkan kepada aku kedudukan sebenar dan permohonan aku tidak boleh diluluskan dengan cara yang lebih berhemah kepada saya sebagai rakan. Sambil mengeluarkan suara yang lantang cuba mempertikaikan tugas aku dihadapan rakan-rakan lain yang mana kebanyakannya dari unit lain, adakah patut dia melakukan perkara tersebut sedangkan kami sama-sama bertugas dibawah satu unit, satu pentadbiran demi mencari rezeki.untuk keluarga. Aku sangat terasa seolah ada perasaan hasad dengki (PHD) didalam dirinya kepada aku. Seandainya dia tidak suka akan aku, atau bermasalah dengan aku marilah kita berjumpa menyelesaikan masaalah tersebut dengan cara baik demi persaudaraan seagama. Semoga Allah membuka pintu hatinya dengan kejadian yang berlaku dan aku dengan rasa rendah hati telah memaafkan perbuatannya dan salah silap aku selama ini yang tidak aku ketahui kepadanya diharap juga dia memaafkannya demi sebuah persahabatan.

Jumaat, 14 Januari 2011

Aku rasa, kita sebagai bangsa Melayu yang sering patuh pada Adat, Budaya dan Agama sentiasa berbangga dengan negara kita kerana bangsa kita dapat memerintah negara yang berbilang kaum dengan aman dan damai dan semua bangsa saling menghormati diantara satu sama lain. Walau bagaimana pun , rasa tidak puas hati puak yang berlainan fahaman cuba merampas takhta pemerintah dengan cara kasar menggunakan isu perkauman, cuba menyentuh isu agama, menganggu Institusi Beraja yang sering kali memanaskan emosi naluri kita. Apakah puak-puak ini yang tidak mahu bersyukur dengan kenikmatan dan keamanan anugerah ilahi di Malaysia tercinta ini, itu pertanyaan yang sering terlintas dibenak hati aku. Tapi persoalan itu bila diajukan pada puak tersebut maka terjawab lah, " apa soalan bodoh yang kau lemparkan ini !!!!". Mereka akan berkata , tak sedarkah kamu apa yang berlaku sekarang, rasuah makin menjadi-jadi, segala kroni mereka menjadi kaya, menindas orang susah, makan duit rakyat, butakah kamu ramai anak muda telah rosak akhlak , barang semua dah naik harga, cekik darah rakyat dengan rasa bangganya mereka berkata kita harus tentang pemerintah sekarang dan kita akan sokong parti baru(Pakatan Rakyat)  yang menentang gejala rasuah berterusan, yang telus, yang akan membela rakyat tanpa mengira bangsa dan remaja terjamin dengan masa depan mereka.
Wah, bagusnya parti baru tersebut dengan janji-janji manis bak madu dengan  sang labah. Tapi apa yang terjadi sekarang baru dapat memerintah beberapa negeri, macam-macam hal dah berlaku, nak kata rasuah, pemimpin mereka pun makan rasuah juga, kroni mereka pula menjadi kaya, pemimpin mereka pun cekik duit rakyat juga, anak muda semakin rosak akhlak, penyokong pula dok macam tu juga lah, pi mai pi mai tang tu jugak la, umpama menang sorak, kampong tergadai seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang. Negeri Perak bernasib baik kalau tidak sama nasiblah  dengan rakyat Pulau Pinang. 
Pada akhir tahun lepas aku ada berbual dengan kawan aku, aku sebenar tidak tahu yang dia ni Pro Pembangkang, aku kata padanya akhir tahun banyak projek terpaksa dilaksanakan oleh jabatan kita  kerana lebihan wang peruntukan kerajaan untuk jabatan mesti dihabiskan untuk penutupan akaun dan takut nanti peruntukan tahun depan akan dapat sedikit kerana jabatan tidak menggunakan wang peruntukan dengan betul dan terpaksa diserahkan kembali wang tersebut.  Nak tahu, apa dijawabnya, dia kata seronoklah Najib, dia boleh bagi duit lebihan tersebut untuk isterinya Datin Rosmah untuk melancong luar negara, aduh apa jawapan bodoh yang diberinya dengan fikiran yang cetek. itulah salah satu permikiran penyokong pembangkang.......