WARISAN

Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Yang Murni Abadi Sejati, Disini Tersemai Cita-Cita, Bercambah Menjadi Warisan, Andaiku Terbuang Tak Diterima, Andai Aku Disingkirkan, Kemana Harus Ku Bawakan, Kemana Harusku Semaikan, Cinta Ini, Betapa Di Bumi Ini Ku Melangkah, Ke Utara, Selatan, Timur Dan Barat Ku Jejaki, Aku Bukanlah Seorang Perwira, Gagah Menghulur Senjata, Namun Hati Rela Berjuang, Walau Dengan Cara Sendiri, Demi Cinta Ini, Ku Ingin Kotakan Seribu Janji, Sepanjang Kedewasaan Ini, Ku Ingin Sampaikan Pesanan,
AKU LAH PENYAMBUNG WARISAN




Ahad, 14 Ogos 2011

Sarjan Hassan Jr: JASA UMNO KEPADA ISLAM

Sarjan Hassan Jr: JASA UMNO KEPADA ISLAM: "UMNO telah banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia. Sejak sebelum merdeka lagi UMNO telah memperjuangkan untuk mendapatkan sebuah negar..."

Sabtu, 13 Ogos 2011

AMANAT HAJI HADI OH AMANAT HAJI HADI

Dulu aku ada terbaca satu artikel yang disimpan dan di sematkan dalam Bingkai Gambar oleh pengikut PAS tegar bertajuk AMANAT HAJI HADI, bertapa keras amanat itu sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia yang mana amanat itu mengkafirkan penganut Islam lain yang tidak menyokong perjuangan parti PAS yang kononnya memperjuangkan Agama Islam terutama yang menyokong parti UMNO yang dikatanya bersekongkol dengan orang kafir seperti bangsa Cina, India dan bangsa lain yang bukan Islam dalam kerajaan Malaysia. Maka terjadilah penceraian suami isteri, ibubapa yang tidak mengaku anak, majlis perkahwinan dari penyokong UMNO diharam hadir penyokong PAS, perpecahan masyarakat kampong dan bandar, penyembelihan haiwan yang dilakukan penyokong UMNO adalah haram bagi penyokong PAS, sembahyang dua imam dalam satu masa, kematian ahli UMNO diharam penyokong PAS menziarahinya dan bemacam-macam lagi perpecahan yang berlaku dikalangan umat Islam oleh kerana AMANAT HAJI HADI ini. Ada pemimpin dan ramai pengikut yang mati didalam PAS  kerana kononnya memperjuangkan Islam dan mati mereka dikatakan mati syahid begitu jugalah dengan anggota polis yang terkorban kerana terpaksa  mempertahankan negara dari pengikut fahaman fanatik ini. Tetapi sekarang masa telah berubah, perjuangan PAS hanya sia-sia, sekarang mereka pula bersengkongkol dengan bangsa kafir yang terang-terang menolak negara Islam, dmanakah AMANAT HAJI HADI  yang menjadi teras pemimpin dan pengikut PAS dan orang yang membuat amanat ini tidak malukah kamu kerana kamu masih lagi bernafas dan kamu kini pula berkerjasama dngan puak kafir, amanat dah masuk dalam tong sampahkah. Demi mengejar kuasa ke PUTRAJAYA , agama dipinggirkan, demi mengejar kuasa, yang HALAL di HARAM kan dan yang HARAM di HALAL kan, berbagai fatwa ciptaan sendiri dikeluarkan demi kepentingan parti, Moto MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ditukar kepada NEGARA BERKEBAJIKAN demi menurut kehendak puak kafir yang berada bersama mereka sedangkan kafir tersebut pernah mencabar mereka dengan berkata "LANGKAH MAYAT SAYA DULU JIKA MAHU MENUBUHKAN NEGARA ISLAM". Dan ada pemimpin PAS sendiri sanggup mencabar orang Islam dari parti lain dengan berkata langkah mayat dia pula demi mempertahankan si kafir yang menghalang penubuhan Negara Islam, Nama ALLAH senang-senang dijual kepada puak kafir KRISTIAN, arak boleh dijual , pusat hiburan dibenarkan beroperasi dalam bulan Ramadhan mulia ini demi menjaga hati puak kafir tersebut dan kejadian terkini pihak JAIS dipersalahkan kerana membuat pemeriksaan di sebuah GEREJA atas maklumat seramai 12 Orang Islam cuba di murtadkan oleh pihak Gereja tersebut. Allah maha kaya, sekarang telah ditunjukkan  perangai sebenar puak yang kononnya memperjuangkan Islam dengan memakai nama Islam dalam parti mereka, Harap serban setinggi gunung saja tetapi Dayus dalam memperjuangkan Islam, semuanya kerana gilakan kuasa, Islam dibiarkan tercemar, adakah mereka ini syaitan bertopengkan manusia berpura-pura beriman dan masa yang sama cuba membawa kehancuran umat Islam, ingatlah hari kian berlalu, usia semakin cetek, dan benarlah diakhir zaman ini umat Islam di tindas dan dipesongkan akidah mereka, oleh itu berwaspadalah wahai umat Islam daripada puak yang mengaku dirinya Islam dengan memakai serban setinggi gunong yang mana belum tentu lagi tempatnya Syurga kerana perjuangannya bukan kerana Islam tetapi  inginkan kuasa yang sekian lama diidamkan, bangkitlah wahai teman seperjuangan ku demi Agama Islam tercinta, bangkitlah dari perpecahan kerana Agama Islam.  Allah hu Akbar.....facebook