WARISAN

Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Yang Murni Abadi Sejati, Disini Tersemai Cita-Cita, Bercambah Menjadi Warisan, Andaiku Terbuang Tak Diterima, Andai Aku Disingkirkan, Kemana Harus Ku Bawakan, Kemana Harusku Semaikan, Cinta Ini, Betapa Di Bumi Ini Ku Melangkah, Ke Utara, Selatan, Timur Dan Barat Ku Jejaki, Aku Bukanlah Seorang Perwira, Gagah Menghulur Senjata, Namun Hati Rela Berjuang, Walau Dengan Cara Sendiri, Demi Cinta Ini, Ku Ingin Kotakan Seribu Janji, Sepanjang Kedewasaan Ini, Ku Ingin Sampaikan Pesanan,
AKU LAH PENYAMBUNG WARISAN




Jumaat, 30 April 2010

Masyaalah, apa dah jadi, sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, hari ni dah tercabar bila seorang Blogger membuat pengakuan menerima RM 4 juta dari parti tersebut untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Inikah yang dikatakan memperjuangkan Islam, adakah perbuatan tersebut halal dalam Islam,kononnya demi mempertahankan negeri yang diperintah mereka sanggup menyelewengkan wang tersebut, tapi nasib rakyat tak terbela, kata pemuda parti tersebut tak mengapa untuk mempertahankan negeri katanya, entah le....

Isnin, 26 April 2010

Syukur, atas kemenangan BN didalam Pilihanraya di Hulu Selangor, hari bersejarah ini disambut dengan penuh kebanggaan. Walau pun kemenangan dengan majoriti 1700 lebih, sudah terbukti rakyat kian sedar dengan tembelang pembangkang. Hanya 80% pengundi turun mengundi dan undi rosak sebanyak 700 lebih, tetapi timbul tanda tanya, siapakah 20% pengundi yang tidak turun itu. Walau bagaimana pun ucapan tahniah saya kepada Kamalanathan yang telah berjaya didalam percaturan tersebut.