WARISAN

Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Yang Murni Abadi Sejati, Disini Tersemai Cita-Cita, Bercambah Menjadi Warisan, Andaiku Terbuang Tak Diterima, Andai Aku Disingkirkan, Kemana Harus Ku Bawakan, Kemana Harusku Semaikan, Cinta Ini, Betapa Di Bumi Ini Ku Melangkah, Ke Utara, Selatan, Timur Dan Barat Ku Jejaki, Aku Bukanlah Seorang Perwira, Gagah Menghulur Senjata, Namun Hati Rela Berjuang, Walau Dengan Cara Sendiri, Demi Cinta Ini, Ku Ingin Kotakan Seribu Janji, Sepanjang Kedewasaan Ini, Ku Ingin Sampaikan Pesanan,
AKU LAH PENYAMBUNG WARISAN




Selasa, 22 Jun 2010

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Bacalah artikel ini, apa yang menjadi bukti, sedangkan wakil Rakyat Bebas ini, anak jati kelantan sendiri membuka pekong dan membangkitkan isu ini, apa dah jadi ni, jangan dok cari salah orang lain.

mStar Online : Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS

mStar Online : Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS

Bacalah artikel ini, inikah parti memperjuangkan islam, dialah hebat, dialah ulamak terkemuka kerana berada dalam PAS, kalau ulamak lain dalam parti lain , tak ulamak, lepas tu menuduh parti lain membenarkan judi, dan arak, sedangkan negeri dibawah pentadbiran PAS contohnya Kelantan masih meluluskan lesen arak dan judi dengan alasan untuk Bukan Islam, dia buat tak apa, orang lain buat semuanya haram, cakap tak serupa bikin, penyakit orang bercerita merata, penyakit sendiri cuba sorok, semua orang tak buta kecuali penyokong PAS yang fanatik aje, boleh tarik hidung kesana-kemari.

Sabtu, 22 Mei 2010

RELA KE TAK RELA DAH TERBUKTI ...

Hari ni, aku terbaca dalam berita Malaysiakini, yang mana Karpal telah mempertikaikan report Saiful, katanya Saiful membuat aduan bahawa dia dipaksa melakukan liwat oleh Anwar dan mengatakan Saiful berbohong didalam aduan tersebut, kerana baginya Saiful rela dalam melakukannya. Bagi pendapat saya, rela ke atau tak rela, sudah terbukti, si Anwar melakukan perbuatan tersebut dan dengan kata yang lebih baik lagi, Anwar telah melakukan perbuatan SEK LUAR TABII yang mana nabi tidak mengaku umat keatas hambanya. Masih ke kita menyokong dan bersengkokol dengan orang seperti itu dalam mentadbirkan negara.

Jumaat, 30 April 2010

Masyaalah, apa dah jadi, sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, hari ni dah tercabar bila seorang Blogger membuat pengakuan menerima RM 4 juta dari parti tersebut untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Inikah yang dikatakan memperjuangkan Islam, adakah perbuatan tersebut halal dalam Islam,kononnya demi mempertahankan negeri yang diperintah mereka sanggup menyelewengkan wang tersebut, tapi nasib rakyat tak terbela, kata pemuda parti tersebut tak mengapa untuk mempertahankan negeri katanya, entah le....

Isnin, 26 April 2010

Syukur, atas kemenangan BN didalam Pilihanraya di Hulu Selangor, hari bersejarah ini disambut dengan penuh kebanggaan. Walau pun kemenangan dengan majoriti 1700 lebih, sudah terbukti rakyat kian sedar dengan tembelang pembangkang. Hanya 80% pengundi turun mengundi dan undi rosak sebanyak 700 lebih, tetapi timbul tanda tanya, siapakah 20% pengundi yang tidak turun itu. Walau bagaimana pun ucapan tahniah saya kepada Kamalanathan yang telah berjaya didalam percaturan tersebut.